Muat Turun Aplikasi
Bagi memberi laluan persediaan bagi Pilihanraya Umum Ke -15 Malaysia, Kios perkhidmatan perunding mySalam di seluruh Malaysia tidak akan beroperasi pada hari Jumaat, 18 November 2022.
Kios mySalam akan kembali beroperasi pada hari bekerja yang berikutnya Ahad, 20 November 2022 bagi negeri-negeri Johor, Kelantan Terengganu, dan Kedah atau Isnin, 21 November 2022 bagi negeri-negeri yang lain.
Lanjutan dari penerimaan tuntutan kuarantin menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO), Release Order (RO) & tangkap layar (screenshot) dari MySejahtera yang diterima sehingga 30 Jun 2022 , mySalam kini sedang memproses jumlah tuntutan yang tinggi. Hal ini menyebabkan peningkatan jangkamasa yang diperlukan untuk tuntutan disemak.
mySalam komited untuk menyemak dan membuat pembayaran bagi tuntutan-tuntutan yang layak. Kesemua tuntutan yang diterima setakat 30 Jun 2022 dijangka akan selesai disemak menjelang November 2022. Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan secara kiriman SMS. Sekiranya terdapat dokumen tambahan yang diperlukan, maklumat ini dapat disemak dengan cara log masuk ke portal mySalam dan menekan nombor tuntutan yang telah dikemukakan.
Warga mySalam amat berterima kasih di atas kesabaran dan pemahaman anda sebagai penerima mySalam berhubung perkara ini, ketika kami terus mempercepatkan pemprosesan tuntutan yang diterima daripada rakyat Malaysia.
Bermula April 2022, mengambil kira maklum balas orang ramai berkenaan kesukaran mendapatkan dokumen Annex 17 di PKD/CAC, satu keputusan telah dicapai diantara Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut:
Penerima manfaat mySalam yang dikenakan arahan kuarantin berkaitan kes Positif COVID-19 boleh membuat tuntutan menggunakan sijil digital HSO & RO dari applikasi mySejahtera untuk kes setakat tarikh sehingga 30 April 2022 iaitu selari dengan peralihan ke fasa endemik dan kadar vaksinasi yang tinggi.
Tangkap layar (screenshot) dari MySejahtera diterima tanpa perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai KKM.
Tarikh akhir untuk menyerahkan tuntutan, bagi tuntutan menggunakan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) & Release Order (RO) adalah 30 Jun 2022.
Diumumkan bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Tuntutan masih boleh dikemukakan di bawah manfaat tersebut sehingga 31 Disember 2021.Walaupun begitu, tuntutan bagi manfaat hospitalisasi masih diteruskan untuk mereka yang positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital.
Langkah ini diambil sejajar dengan jangkaan vaksinasi lengkap COVID-19 terhadap populasi dewasa di Malaysia dan peralihan kepada fasa endemik COVID-19 di Malaysia.
Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.
Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.