Jika anda mempunyai keadaan sedia ada sebelum 1 Januari 2019, anda masih boleh membuat tuntutan untuk manfaat pendapatan gantian hospitalisasi atau penyakit kritikal, tertakluk kepada terma berikut:
(i) Untuk manfaat pendapatan gantian hospitalisasi, anda boleh membuat tuntutan jika anda dimasukkan ke hospital pada/selepas 1 Januari 2019
(ii) Untuk manfaat penyakit kritikal, anda boleh membuat tuntutan jika penyakit sedia ada tidak mencapai peringkat lebih teruk seperti yang dispesifikasikan di dalam definisi penyakit kritikal sebelum 1 Januari 2019. Sila rujuk kepada untuk senarai definisi 45 penyakit kiritikal.
Berikut adalah contoh illustrasi kemungkinan senario-senario di bawah 7(ii) di atas:
Contoh 1:
En. A diserang sakit jantung pada 2017. Dia tidak boleh membuat tuntutan untuk kejadian ini kerana ianya berlaku sebelum 1 Januari 2019.
Pada Februari 2019, En. A diserang sakit jantung sekali lagi. Oleh sebab kejadian ini berlaku selepas 1 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.
Contoh 2:
En. B didiagnos menghidap kencing manis pada 2010. Malangnya, keadaan beliau menjadi semakin teruk. Pada Mac 2019, En. B didiagnos dengan kegagalan buah pinggang (kegagalan fungsi kedua-dua belah buah pinggang kronik tetap), yang memerlukan dialisis tetap. Dalam kes ini, dia layak membuat tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.
Contoh 3:
En. C didiagnos dengan kegagalan buah pinggang pada 2018 dan menjalani dialisis secara tetap. Dalam kes ini, manfaat penyakit kritikal tidak akan dibayar untuk Kegagalan Buah Pinggang kerana keadaan tetap ini berlaku sebelum 1 Januari 2019.
Walau bagaimanapun, sekiranya En. C didiagnos dengan Serangan Jantung (yang terdapat dalam senarai 45 Penyakit Kritikal) pada 2 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.
Contoh 4:
En. D didiagnos menghidap Penyakit Parkinson pada 2005. Ianya pada peringkat awal dan beliau masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Keadaan beliau menjadi semakin teruk yang mengakibatkan ketidakkmampuan berperingkat. Pada Mac 2019, En. D menerima pengesahan diagnosis daripada pakar neurologi berkenaan ketidakmampuan kekal beliau untuk melakukan tugasan asas seperti makan, mandi dan bergerak tanpa bantuan orang lain dan keadaan beliau tidak boleh dikawal melalui ubat. Dalam kes ini, beliau boleh membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.
Contoh 5:
Cik E telah didiagnos dengan Karsinoma-in-situ di payudara pada 2018. Dalam kes ini, Cik E tidak layak membuat tuntutan kerana Karsinoma in situ bukanlah penyakit kritikal yang dilindungi.
Pada Mac 2019, diagnosis doctor mengesahkan keadaan Cik E telah berubah kepada Kanser Payudara Tahap 1. Dalam kes ini, Cik E layak membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000 kerana Kanser pada/ selepas 1 Januari 2019 dilindungi tanpa mengira status kesihatan Cik E pada 2018.
Contoh 6:
En. F telah didiagnos menghidap Kanser Paru-paru pada 2017. Beliau memberi respon yang baik terhadap rawatan dan pada 2018, dia telah didiagnos sebagai bebas kanser. Malangnya, pada Februari 2019, diagnosis doctor mengesahkan kanser paru-paru beliau telah kembali. Dalam kes ini, oleh sebab kanser itu kembali selepas 1 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000