Soalan Lazim Tentang Penubuhan Skim mySalam

Tujuan mySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.


Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Sebagai dana permulaan, tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Dana permulaan sebanyak RM2 bilion untuk tabung amanah mySalam diberikan oleh Great Eastern Holdings (GEH).


Kerajaan menjangkakan peningkatan di dalam saiz tabung amanah pada masa akan datang dengan tambahan sumbangan dari GEH, syarikat-syarikat insurans dan juga sumber-sumber lain untuk memastikan kemampanan dana ini dalam jangka masa panjang.

Di bawah peraturan perlesenan insurans semasa, syarikat insurans asing tertentu dikehendaki melepaskan 30% daripada pegangan saham mereka kepada pelabur tempatan. Akan tetapi, proses melepaskan pelaburan oleh syarikat-syarikat asing ini mengalami kelewatan dan kesulitan akibat daripada penilaian dan pertimbangan kecairan dalam pasaran.


Oleh kerana itu, kerajaan baharu telah bersetuju untuk meluluskan cadangan alternatif untuk syarikat insuran yang berkenaan supaya memberikan sumbangan yang besar kepada tabung amanah mySalam.

Sebagai gantian kepada melepaskan 30% daripada pegangan saham mereka kepada pihak-pihak lain, Kerajaan telah meminta sumbangan kewangan sebanyak 10 hingga 12 kali anggaran keuntungan GEH yang dijangka akan lepaskan apabila mereka melepaskan saham.


Berdasarkan keuntungan bersih GE Malaysia sebanyak RM792 juta untuk tahun kewangan berakhir Disember 2017, 30% keuntungan yang dilepaskan oleh pemegang saham sedia ada dianggarkan sebanyak RM238 juta.


Nilai diskaun semasa untuk keuntungan yang dilepaskan selama 10 tahun akan bernilai kira-kira RM2 bilion.


Setelah perundingan, jumlah sebanyak RM2 bilion, dengan potensi ditingkatkan lagi di masa hadapan, telah dipersetujui oleh GEH.

Terdapat kelebihan dan kelemahan kepada kedua-dua pilihan ini. Kerajaan telah memilih menerima sumbangan yang telah dirunding kepada mySalam kerana:

a. mySalam akan memanfaatkan hampir 8 juta individu yang berada di dalam kumpulan B40 yang memerlukan perlindungan. Mereka merupakan 12% daripada jumlah penduduk, atau 18.8% daripada populasi orang dewasa Malaysia.

b. Pembayaran untuk penyakit kritikal tersebut akan dilaburkan kembali kepada sistem kesihatan awam

c. Melepaskan saham kepada pelabur dan institusi kewangan awam hanya akan menumpukan pulangan kewangan kepada segmen-segmen penduduk negara yang sedia ada mewah.

d. Melepaskan 30% saham juga merupakan pembayaran wang yang besar secara lansung kepada pemegang saham asing syarikat insurans tersebut.


Oleh itu, Kerajaan memilih untuk menerima sumbangan RM2 bilion kepada tabung amanah mySalam yang dapat memanfaatkan sejumlah bilangan yang besar di kalangan golongan yang memerlukan, berbanding daripada membuat bayaran yang hampir besar kepada pemegang saham asing GEH yang hanya akan menguntungkan segelintir pihak.

8 juta individu ini tidak akan menjadi pelanggan GETB di bawah skim mySalam secara automatik kerana ia merupakan skim milik Kerajaan. Semua data yang diambil adalah terpelihara di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).


Namun demikian, semua syarikat insurans/pengendali takaful yang mengambil bahagian akan bekerjasama dengan BNM dan MOF untuk memperkenalkan produk-produk yang diluluskan untuk menggalakkan penggunaan produk insurans/takaful yang lebih tinggi untuk memastikan perlindungan insurans/takaful yang lebih luas di kalangan golongan B40.


Ini termasuklah mempromosikan Dana Tenang, produk mikro-insurans/takaful yang telah diperkenalkan oleh BNM, seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan di dalam ucapan Belanjawan 2019.

Tidak. GEH tidak akan mendapat keuntungan secara langsung daripada sumbangan mereka.


Kos caruman takaful untuk 8 juta sijil diberikan pada harga kos iaitu RM112 setiap tahun untuk lima tahun. Pengiraan caruman ini sedang disemak oleh BNM.


Sebagai sebahagian daripada persetujuan bersama GEH, jika sekiranya tuntutan takaful di dalam tempoh lima (5) tahun ini berjumlah kurang daripada jumlah caruman yang telah dibayar untuk takaful, lebihan akan disalurkan kembali ke Tabung Amanah mySalam.

Sumbangan awal RM2 bilion dijangkakan mampu menanggung skim ini selama 5 tahun.


Kerajaan menjangka akan dapat meningkatkan saiz tabung amanah ini dengan sumbangan tambahan dari GEH, syarikat-syarikat insurans, dan juga sumber kewangan lain untuk memastikan kemampanan tabung ini dalam jangka masa panjang.


Pada masa yang sama, sekiranya penerima tidak lagi di bawah kategori B40, tetapi masih ingin membeli insurans/takaful persendirian, mereka dibolehkan untuk berbuat demikian menerusi mana-mana syarikat insurans/pengendali takaful swasta termasuk GETB.

Cadangan mySalam ini tidak dirancang untuk menjadi sebuah skim takaful kesihatan sosial yang menyeluruh.


Walau bagaimanapun, ia merupakan batu loncatan buat Kerajaan untuk mula menyediakan jenis-jenis perlindungan bagi melindungi mereka yang sangat memerlukan berdasarkan kemampuan kewangan semasa Kerajaan.


Skim mySalam harus dianggap sebagai hanya sebahagian daripada program Kerajaan untuk memperbaiki keadaan kesihatan sosial rakyat Malaysia. Skim-skim lain termasuklah PeKa40 yang merupakan program perintis pemeriksaan kesihatan untuk individu B40 berusia 50 ke atas.


Skim mySalam dirancang berdasarkan dapatan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysian dan Bank Negara Malaysia, bahawa ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mempunyai simpanan kecemasan, dan juga kehilangan mata pencarian apabila menjalani rawatan di hospital.


Justeru, pembayaran RM8,000 dirancang supaya dapat memberi sumbangan yang substantif untuk rawatan perubatan yang diperlukan oleh penghidap penyakit kritikal di hospital kerajaan. Tambahan lagi, pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, sehingga 14 hari setahun ini dirancang untuk menggalakkan pesakit mendapatkan rawatan, terutamanya untuk pencari nafkah utama isi rumah, dan berusaha menjadi lebih sihat tanpa perlu risau akan kehilangan pendapatan sepenuhnya dalam tempoh tersebut.


Sejajar dengan skop dan keutamaan ini, skim mySalam dirancang dan pada masa yang sama untuk memastikan kemampanannya berdasarkan dana yang diberi.