Muat Turun Aplikasi

Instagram

Semak Kelayakan

Sila masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda sengkang.

Dimaklumkan bahawa senarai penerima terkini mySalam setakat Julai 2021 adalah berdasarkan senarai penerima dan pasangan yang menerima bantuan dari program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020.

Sekiranya anda adalah penerima atau pasangan kepada penerima program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sila maklum bahawa kelayakan anda untuk mySalam bagi tahun 2021 akan dikemaskini menjelang September 2021 dan kiriman SMS akan dibuat bagi memaklumkan kelayakan mySalam. Sebaik makluman kelayakan diterima ,anda layak untuk membuat tuntutan hospitalisasi yang berlaku atau penyakit kritikal yang dikesan bermula 1/1/2021.

Soalan Lazim Tentang Skim mySalam

Apa itu mySalam?

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Maklumat Lanjut

Soalan Lazim Tentang Penubuhan Skim mySalam

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Maklumat Lanjut

Senarai 45 Penyakit Kritikal

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria -
    Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
Maklumat Lanjut