Soalan Lazim Mengenai Skim mySalam

Tentang Skim mySalam

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam.

Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal


Peadapatan gentian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.

Perlindungan mySalam berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Penerima-penerima manfaat boleh mula membuat tuntutan mereka di bawah Skim ini mulai 1 Mac 2019.

Ya, dokumen berkaitan tuntutan, seperti laporan perubatan atau diagnostik serta nota kemasukan dan discaj perlu dihantar.

Jika anda mempunyai keadaan sedia ada sebelum 1 Januari 2019, anda masih boleh membuat tuntutan untuk manfaat pendapatan gantian hospitalisasi atau penyakit kritikal, tertakluk kepada terma berikut:

(i) Untuk manfaat pendapatan gantian hospitalisasi, anda boleh membuat tuntutan jika anda dimasukkan ke hospital pada/selepas 1 Januari 2019

(ii) Untuk manfaat penyakit kritikal, anda boleh membuat tuntutan jika penyakit sedia ada tidak mencapai peringkat lebih teruk seperti yang dispesifikasikan di dalam definisi penyakit kritikal sebelum 1 Januari 2019. Sila rujuk kepada untuk senarai definisi 36 penyakit kiritikal.

Berikut adalah contoh illustrasi kemungkinan senario-senario di bawah 7(ii) di atas:

Contoh 1:

En. A diserang sakit jantung pada 2017. Dia tidak boleh membuat tuntutan untuk kejadian ini kerana ianya berlaku sebelum 1 Januari 2019.
Pada Februari 2019, En. A diserang sakit jantung sekali lagi. Oleh sebab kejadian ini berlaku selepas 1 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

Contoh 2:

En. B didiagnos menghidap kencing manis pada 2010. Malangnya, keadaan beliau menjadi semakin teruk. Pada Mac 2019, En. B didiagnos dengan kegagalan buah pinggang (kegagalan fungsi kedua-dua belah buah pinggang kronik tetap), yang memerlukan dialisis tetap. Dalam kes ini, dia layak membuat tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

Contoh 3:

En. C didiagnos dengan kegagalan buah pinggang pada 2018 dan menjalani dialisis secara tetap. Dalam kes ini, manfaat penyakit kritikal tidak akan dibayar untuk Kegagalan Buah Pinggang kerana keadaan tetap ini berlaku sebelum 1 Januari 2019.
Walau bagaimanapun, sekiranya En. C didiagnos dengan Serangan Jantung (yang terdapat dalam senarai 36 Penyakit Kritikal) pada 2 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan untuk manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

Contoh 4:

En. D didiagnos menghidap Penyakit Parkinson pada 2005. Ianya pada peringkat awal dan beliau masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Keadaan beliau menjadi semakin teruk yang mengakibatkan ketidakkmampuan berperingkat. Pada Mac 2019, En. D menerima pengesahan diagnosis daripada pakar neurologi berkenaan ketidakmampuan kekal beliau untuk melakukan tugasan asas seperti makan, mandi dan bergerak tanpa bantuan orang lain dan keadaan beliau tidak boleh dikawal melalui ubat. Dalam kes ini, beliau boleh membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

Contoh 5:

Cik E telah didiagnos dengan Karsinoma-in-situ di payudara pada 2018. Dalam kes ini, Cik E tidak layak membuat tuntutan kerana Karsinoma in situ bukanlah penyakit kritikal yang dilindungi.
Pada Mac 2019, diagnosis doctor mengesahkan keadaan Cik E telah berubah kepada Kanser Payudara Tahap 1. Dalam kes ini, Cik E layak membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000 kerana Kanser pada/ selepas 1 Januari 2019 dilindungi tanpa mengira status kesihatan Cik E pada 2018.

Contoh 6:

En. F telah didiagnos menghidap Kanser Paru-paru pada 2017. Beliau memberi respon yang baik terhadap rawatan dan pada 2018, dia telah didiagnos sebagai bebas kanser. Malangnya, pada Februari 2019, diagnosis doctor mengesahkan kanser paru-paru beliau telah kembali. Dalam kes ini, oleh sebab kanser itu kembali selepas 1 Januari 2019, dia layak membuat tuntutan manfaat penyakit kritikal sebanyak RM8,000

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

i. Tuntutan penyakit kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. Status tuntutan, i.e. dokumen tidak lengkap, boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my. Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. Maklumat ini juga boleh diakses melalui www.mysalam.com.my

Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal www.mysalam.com.my. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Buat masa ini, manfaat di bawah Skim ini hanya merangkumi hospitalisasi di semua Hospital Kerajaan Malaysia.


Bagi diagnosis penyakit kritikal, jika penyakit kritikal didiagnis di hospital swasta atau hospital selain Hospital Kerajaan Malaysia, tetapi rawatan lanjut dibuat di hospital kerajaan, ianya masih layak untuk manfaat penyakit kritikal dengan syarat borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor' dilengkapkan oleh doctor atau pakar yang merawat di hospital kerajaan.

Senarai Hospital Kerajaan Malaysia boleh didapati di laman web mySalam di www.mysalam.com.my. Sila maklum bahawa senarai hospital adalah tertakluk kepada perubahan dan senarai terkini boleh disemak di laman web.

Sebagai permulaan, Skim ini akan dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).


Pengendali-pengendali takaful lain mungkin akan dilantik untuk mengendali Skim ini pada masa hadapan.

Ya, mySalam ialah skim patuh-Syariah kerana produk ini adalah produk takaful yang diuruskan mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Perlindungan mySalam diberikan secara percuma.

Bagi penerima manfaat mySalam, maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).


Anda juga boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Anda boleh mendapat bantuan kesihatan daripada skim Peka B40 yang merangkumi penerima BSH berumur 50 tahun ke atas. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut

Anda tidak akan dibayar manfaat elaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung:
• Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras;
• Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan;
• Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap
• Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan.

Skim mySalam dan PeKa B40 adalah dua inisiatif kerajaan yang berbeza kelayakan dan manfaatnya. Anda mungkin layak menerima manfaat-manfaat daripada kedua-dua skim ini jika anda berumur di antara 50 hingga 55 tahun.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.

Penerima BSH yang merupakan ibu/bapa tunggal (atas sebab perceraian atau kematian pasangan) dan mempunyai anak adalah layak untuk menerima perlindungan mySalam.


Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang tidak pernah berkahwin, duda atau janda yang tidak mempunyai anak, adalah tidak layak untuk menerima perlindungan mySalam.


Penerima skim mySalam adalah penerima Bantuan Sara Hidup, berumur 18 hingga 55 tahun. Bagi maklumat lanjut berkenaan kriteria kelayakan Bantuan Sara Hidup, sila rujuk laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di pautan https://bsh.hasil.gov.my/Download/Faq/BSH2019_FAQ_KriteriaBSH2019.pdf

Kami berusaha bagi memastikan proses tuntutan diselesaikan dalam jangkamasa sepuluh (10) hari bekerja, tertakluk kepada penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap. Apabila tuntutan telah diluluskan untuk pembayaran, transaksi e-kredit akan selesai dalam jangkamasa 2 hingga 3 hari bekerja.


Sekiranya anda telah mengemukakan tuntutan dan 10 hari telah berlalu sejak tuntutan dikemukakan, kami mengesyorkan anda untuk log masuk ke portal mySalam bagi mendapatkan maklumat status tuntutan, atau hubungi kami di talian 1 300 88 8938.

Buat masa kini, portal mySalam tidak dapat membuang lampiran yang telah dimuatnaik. Sekiranya anda telah mencapai had lampiran dan perlu memuatnaik dokumen baru, sila hubungi info@mysalam.com.my, menggunakan nombor tuntutan sebagai subjek, untuk mendapatkan bantuan.

Tidak. Pembayaran tuntutan mySalam akan dibayar kepada akaun bank peserta skim sahaja. Arahan pembayaran kepada akaun bank milik pihak ketiga akan ditolak oleh pihak bank.


Contoh: Encik Abu (penerima Bantuan Sara Hidup and mySalam) telah mengemaskini nombor akaun pasangannya, Puan Murni ketika permohonan untuk Bantuan Sara Hidup. Pembayaran tuntutan mySalam tidak akan dibuat kepada akaun Puan Murni.


Kami mengesyorkan anda untuk mengemaskini maklumat akaun anda yang didaftarkan untuk Bantuan Sara Hidup, bagi memudahkan urusan pembayaran tuntutan.

Tujuan mySalam

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.


Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Sebagai dana permulaan, tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Dana permulaan sebanyak RM2 bilion untuk tabung amanah mySalam diberikan oleh Great Eastern Holdings (GEH).


Kerajaan menjangkakan peningkatan di dalam saiz tabung amanah pada masa akan datang dengan tambahan sumbangan dari GEH, syarikat-syarikat insurans dan juga sumber-sumber lain untuk memastikan kemampanan dana ini dalam jangka masa panjang.

Di bawah peraturan perlesenan insurans semasa, syarikat insurans asing tertentu dikehendaki melepaskan 30% daripada pegangan saham mereka kepada pelabur tempatan. Akan tetapi, proses melepaskan pelaburan oleh syarikat-syarikat asing ini mengalami kelewatan dan kesulitan akibat daripada penilaian dan pertimbangan kecairan dalam pasaran.


Oleh kerana itu, kerajaan baharu Pakatan Harapan telah bersetuju untuk meluluskan cadangan alternatif untuk syarikat insuran yang berkenaan supaya memberikan sumbangan yang besar kepada tabung amanah mySalam.

Sebagai gantian kepada melepaskan 30% daripada pegangan saham mereka kepada pihak-pihak lain, Kerajaan telah meminta sumbangan kewangan sebanyak 10 hingga 12 kali anggaran keuntungan GEH yang dijangka akan lepaskan apabila mereka melepaskan saham.


Berdasarkan keuntungan bersih GE Malaysia sebanyak RM792 juta untuk tahun kewangan berakhir Disember 2017, 30% keuntungan yang dilepaskan oleh pemegang saham sedia ada dianggarkan sebanyak RM238 juta.


Nilai diskaun semasa untuk keuntungan yang dilepaskan selama 10 tahun akan bernilai kira-kira RM2 bilion.


Setelah perundingan, jumlah sebanyak RM2 bilion, dengan potensi ditingkatkan lagi di masa hadapan, telah dipersetujui oleh GEH.

Terdapat kelebihan dan kelemahan kepada kedua-dua pilihan ini. Kerajaan telah memilih menerima sumbangan yang telah dirunding kepada mySalam kerana:

a. mySalam akan memanfaatkan hampir 3.8 juta individu yang berada di dalam kumpulan B40 yang memerlukan perlindungan. Mereka merupakan 12% daripada jumlah penduduk, atau 18.8% daripada populasi orang dewasa Malaysia.

b. Pembayaran untuk penyakit kritikal tersebut akan dilaburkan kembali kepada sistem kesihatan awam

c. Melepaskan saham kepada pelabur dan institusi kewangan awam hanya akan menumpukan pulangan kewangan kepada segmen-segmen penduduk negara yang sedia ada mewah.

d. Melepaskan 30% saham juga merupakan pembayaran wang yang besar secara lansung kepada pemegang saham asing syarikat insurans tersebut.


Oleh itu, Kerajaan memilih untuk menerima sumbangan RM2 bilion kepada tabung amanah mySalam yang dapat memanfaatkan sejumlah bilangan yang besar di kalangan golongan yang memerlukan, berbanding daripada membuat bayaran yang hampir besar kepada pemegang saham asing GEH yang hanya akan menguntungkan segelintir pihak.

3.8 juta individu ini tidak akan menjadi pelanggan GETB di bawah skim mySalam secara automatik kerana ia merupakan skim milik Kerajaan. Semua data yang diambil adalah terpelihara di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).


Namun demikian, semua syarikat insurans/pengendali takaful yang mengambil bahagian akan bekerjasama dengan BNM dan MOF untuk memperkenalkan produk-produk yang diluluskan untuk menggalakkan penggunaan produk insurans/takaful yang lebih tinggi untuk memastikan perlindungan insurans/takaful yang lebih luas di kalangan golongan B40.


Ini termasuklah mempromosikan Dana Tenang, produk mikro-insurans/takaful yang telah diperkenalkan oleh BNM, seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan di dalam ucapan Belanjawan 2019.

Tidak. GEH tidak akan mendapat keuntungan secara langsung daripada sumbangan mereka.


Kos caruman takaful untuk 3.8 juta sijil diberikan pada harga kos iaitu RM112 setiap tahun untuk lima tahun. Pengiraan caruman ini sedang disemak oleh BNM.


Sebagai sebahagian daripada persetujuan bersama GEH, jika sekiranya tuntutan takaful di dalam tempoh lima (5) tahun ini berjumlah kurang daripada jumlah caruman yang telah dibayar untuk takaful, lebihan akan disalurkan kembali ke Tabung Amanah mySalam.

Sumbangan awal RM2 bilion dijangkakan mampu menanggung skim ini selama 5 tahun.


Kerajaan menjangka akan dapat meningkatkan saiz tabung amanah ini dengan sumbangan tambahan dari GEH, syarikat-syarikat insurans, dan juga sumber kewangan lain untuk memastikan kemampanan tabung ini dalam jangka masa panjang.


Pada masa yang sama, sekiranya penerima tidak lagi di bawah kategori B40, tetapi masih ingin membeli insurans/takaful persendirian, mereka dibolehkan untuk berbuat demikian menerusi mana-mana syarikat insurans/pengendali takaful swasta termasuk GETB.

Cadangan mySalam ini tidak dirancang untuk menjadi sebuah skim takaful kesihatan sosial yang menyeluruh.


Walau bagaimanapun, ia merupakan batu loncatan buat Kerajaan untuk mula menyediakan jenis-jenis perlindungan bagi melindungi mereka yang sangat memerlukan berdasarkan kemampuan kewangan semasa Kerajaan.


Skim mySalam harus dianggap sebagai hanya sebahagian daripada program Kerajaan untuk memperbaiki keadaan kesihatan sosial rakyat Malaysia. Skim-skim lain termasuklah PeKa40 yang merupakan program perintis pemeriksaan kesihatan untuk individu B40 berusia 50 ke atas.


Skim mySalam dirancang berdasarkan dapatan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysian dan Bank Negara Malaysia, bahawa ramai rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah tidak mendapatkan rawatan perubatan kerana tidak mempunyai simpanan kecemasan, dan juga kehilangan mata pencarian apabila menjalani rawatan di hospital.


Justeru, pembayaran RM8,000 dirancang supaya dapat memberi sumbangan yang substantif untuk rawatan perubatan yang diperlukan oleh penghidap penyakit kritikal di hospital kerajaan. Tambahan lagi, pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, sehingga 14 hari setahun ini dirancang untuk menggalakkan pesakit mendapatkan rawatan, terutamanya untuk pencari nafkah utama isi rumah, dan berusaha menjadi lebih sihat tanpa perlu risau akan kehilangan pendapatan sepenuhnya dalam tempoh tersebut.


Sejajar dengan skop dan keutamaan ini, skim mySalam dirancang dan pada masa yang sama untuk memastikan kemampanannya berdasarkan dana yang diberi.