Pembayaran RM 8,000 sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
Dokumen wajib yang diperlukan :
1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
2. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan maklumat berikut diisi oleh doktor yang merawat pada borang CI:
Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.
Butiran penyakit yang berkaitan.
Pengecualian bagi Manfaat Penyakit Kritikal:

Kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras (kecuali dalam usaha menyelamatkan nyawa manusia).

Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak.

Orang yang dilindungi melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap.

Peristiwa Dilindungi yang berlaku sebelum dan masih wujud pada Tarikh Berkuatkuasa Perlindungan Takaful. Sila rujuk FAQ 2 di bawah Tuntutan untuk keterangan yang lebih jelas mengenai senario kes.