Bagi bayaran tuntutan yang telah diluluskan, anda akan dimaklumkan melalui SMS dan maklumat tersebut juga akan dikemas kini di dalam portal Skim mySalam. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima seperti yang telah didaftarkan.
Kami berusaha memastikan proses tuntutan diselesaikan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja, tertakluk kepada penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
Apabila tuntutan telah diluluskan untuk pembayaran, transaksi e-kredit akan diselesaikan dalam tempoh 2 hingga 3 hari bekerja.
Sekiranya tuntutan anda telah diluluskan dan lebih 10 hari bekerja telah berlalu tetapi pembayaran masih belum diterima, sila log masuk ke portal Skim mySalam untuk menyemak status tuntutan atau hubungi kami di talian 1-300-88-8938.
Ya, anda masih boleh menerima bayaran tuntutan.
Sila mohon kebenaran untuk mengaktifkan akaun bank daripada Jabatan Insolvensi Malaysia dan kemas kini maklumat akaun bank anda setelah akaun bank diaktifkan.
Sila ambil maklum bahawa bayaran hanya akan diproses ke akaun bank milik penerima Skim mySalam sahaja.
Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk menyemak status tuntutan:
1. Log masuk ke portal Skim mySalam
2. Klik pada butang 'loceng' untuk melihat notifikasi anda.
3. Sekiranya status pembayaran tuntutan telah berjaya:
4. Sekiranya status pembayaran tidak berjaya:
Terdapat lima (5) sebab utama mengapa percubaan pembayaran tuntutan tidak berjaya:
i) Akaun bank di portal bukan milik penerima Skim mySalam.
Anda perlu mengemas kini butiran akaun bank yang didaftarkan supaya ia di bawah nama anda sendiri. Kemas kini kepada akaun milik pihak ketiga/ahli keluarga akan menyebabkan pembayaran gagal.
ii) Penama akaun bank di portal adalah penama kedua dalam akaun bersama (joint account)
Akaun bersama hanya diterima sekiranya penerima Skim mySalam adalah pemegang akaun utama.
iii) Akaun bank di portal tidak aktif.
Anda perlu mengaktifkan semula akaun bank tersebut dan memaklumkan kepada kami setelah pengaktifan dilakukan.
iv) Akaun bank yang dikemas kini telah disekat kerana isu insolvensi/kebankrapan.
Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) untuk menggunakan akaun sedia ada atau membuka akaun bank baharu. Kebenaran penggunaan akaun bank daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) adalah bagi memenuhi keperluan statutori di bawah Akta Insolvensi 1967.
v) Akaun bank yang telah disenarai hitam.
Anda perlu berurusan dengan pihak berkuasa yang berkenaan sehingga isu ini diselesaikan.
Nota: Setelah akaun bank yang aktif dan tepat dikemas kini di portal, pembayaran semula akan diproses dalam masa sepuluh (10) hari bekerja.
Ya, SMS akan dihantar ke nombor telefon yang didaftar untuk memaklumkan bahawa pembayaran tuntutan ke akaun bank yang dikemas kini di portal Skim mySalam tidak berjaya.
Anda digalakkan untuk menyemak dan mengemas kini maklumat akaun bank di portal Skim mySalam dalam masa 30 hari dari tarikh notifikasi SMS diterima. Selain SMS, makluman juga akan dipaparkan di bahagian ?Mesej? dalam portal Skim mySalam.
Kegagalan mengemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan tuntutan ditarik balik. Sebarang kemas kini yang dibuat selepas tuntutan ditarik balik tidak akan diproses.