Kelayakan Skim mySalam bagi tahun 2026 ditentukan berdasarkan penerimaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Makluman kelayakan Skim mySalam akan diberikan secara berperingkat kepada penerima. Pengumuman kelayakan akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang telah dikemas kini dalam program yang didaftar oleh penerima seperti yang dinyatakan di bawah.

* Kriteria umur kelayakan Skim mySalam dikira berdasarkan umur individu pada 1 Januari tahun berkenaan. Individu layak menerima perlindungan Skim mySalam sekiranya telah mencapai umur 18 atau 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 66 tahun.
Skim mySalam kini melindungi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan data yang diterima daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tertakluk kepada kriteria kelayakan skim.
Setiap individu yang dilindungi di bawah skim ini akan dirujuk sebagai Orang yang Dilindungi. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan akan dikira sebagai dua Orang yang Dilindungi.
Selaras dengan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meneruskan Skim mySalam sehingga tahun 2026 bagi memastikan perlindungan ini dapat terus dinikmati oleh individu yang layak.
Di bawah merupakan contoh untuk menggambarkan tempoh penyerahan tuntutan:
| Tahun | 2026 |
|---|---|
| Tempoh kelayakan | 1 Januari 2026 - 31 Disember 2026 |
| Tempoh Penyerahan Tuntutan | 1 Januari 2026 - 30 Jun 2027 |
Contoh
Encik A adalah penerima Skim mySalam bagi tahun 2026. Beliau menerima notifikasi yang memaklumkan kelayakan beliau pada 1 Disember 2026. Beliau layak untuk menuntut Manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM8,000 atau Manfaat Hospitalisasi sehingga RM700 bagi tahun 2026.
Encik A perlu menyerahkan tuntutan ini kepada Skim mySalam sebelum 30 Jun 2027.
Sebarang tuntutan bagi kelayakan tahun 2026 yang diterima selepas 30 Jun 2027 tidak akan diterima atau diproses.
Ya. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang yang berumur antara 21 hingga 65 tahun adalah layak untuk menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh Skim mySalam.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda yang bujang masih belum membuat permohonan bagi STR, kami menggalakkan anda untuk mendaftar sebagai penerima STR di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat, bagi menikmati manfaat yang ditawarkan oleh Skim mySalam.