Senarai hospital boleh didapati di laman web Skim mySalam di www.mysalam.com.my.
Sila ambil maklum bahawa senarai hospital adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Bagi penerima manfaat Skim mySalam, maklumat lanjut seperti kelayakan skim, butiran manfaat, maklumat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal atas talian di www.mysalam.com.my dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh emel kami di info@mysalam.com.my atau menghubungi talian Skim mySalam di 1-300-88-8938 untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda memerlukan bantuan selanjutnya, anda boleh lawati kios Skim mySalam yang berdekatan. Kios Skim mySalam beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat di hospital kerajaan seluruh negara.
Klik di sini untuk melihat senarai kios yang berdekatan.