Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mySalam) merupakan Skim Perlindungan Takaful percuma yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk golongan B40 yang layak di Malaysia.
| Bil | Situasi yang Dilindungi | Penerangan |
|---|---|---|
| 1 | Manfaat Penyakit Kritikal | Perlindungan berjumlah RM8,000 akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan penyakit kritikal. Diagnosis bagi penyakit kritikal mestilah diperakui oleh doktor daripada hospital panel dimana rawatan diterima. |
| 2 | Manfaat Hospitalisasi | Manfaat berjumlah RM50 sehari, maksimum 14 hari setiap tahun atau RM700 setahun, akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke hospital panel. Kemasukan ke wad mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh discaj adalah tidak sama dan mestilah selepas daripada tarikh masuk wad. |
Skim mySalam dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad, sebuah pengendali takaful yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Pengendali takaful lain mungkin akan dilantik pada masa hadapan untuk mengendali skim ini.
Ya, Skim mySalam adalah skim perlindungan takaful keluarga yang patuh Syariah. Skim ini merupakan sebuah produk yang diuruskan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah.
Perlindungan Skim mySalam disediakan secara percuma.
Lupa kata laluan dan Penetapan Soalan Rahsia
Langkah 1: Klik pada 'Lupa Kata Laluan'
Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan
Langkah 3: Sahkan nombor telefon yang digunakan. Sekiranya nombor telefon yang dipaparkan adalah tepat dan digunakan oleh Pengguna, tekan 'Ya, hantar SMS'. Kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon pengguna. Pengguna boleh log masuk ke portal menggunakan kata laluan sementara yang diterima, tanpa meneruskan Langkah 4.
Sekiranya nombor telefon yang terpapar adalah tidak tepat atau tidak lagi digunakan oleh Pengguna, tekan 'Tidak, bukan nombor telefon saya'.
Langkah 4: Isi maklumat yang diperlukan. Maklumat adalah berdasarkan kepada maklumat yang dikemaskini daripada data LHDN/maklumat terkini seperti yang dikemaskini oleh Pengguna. Ruangan yang perlu diisi adalah Poskod, Negeri, & Jantina. Pengguna perlu mengisi karakter Captcha yang dipaparkan, sebelum menekan butang ?Hantar?.
Langkah 5: Sistem akan mengarahkan Pengguna untuk menetapkan kata laluan baharu. Pengguna boleh log masuk ke portal menggunakan kata laluan sementara yang ditetapkan.
Langkah 6: Setelah log masuk, pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat berikut. Setelah menekan Hantar, maklumat akan disimpan. Maklumat yang disimpan adalah sensitif huruf besar/kecil, jarak, simbol & tidak boleh diubah setelah ditetapkan.


Sekiranya tiada permintaan susulan untuk tetapkan semula kata laluan, proses berakhir disini. Namun sekiranya Pengguna terlupa kata laluan yang telah ditetapkan pada Langkah 6, teruskan dengan Langkah 8.
Langkah 8: Sekiranya Pengguna lupa kata laluan, ulang Langkah 1 hingga 3.
Langkah 9: Pengguna akan diminta untuk melengkapkan soalan yang telah ditetapkan/dijawab pada Langkah 6.
Nota: Sekiranya terdapat salah satu jawapan yang tidak tepat (sebagai contoh, jawapan sebenar bagi soalan "Negeri manakah anda membesar?" adalah "Perlis" namun jawapan yang dilengkapkan adalah "perlis", pengesahan tidak akan berjaya dan Pengguna menerima catatan seperti di bawah. Pengguna boleh cuba untuk menjawab soalan pengesahan sekali lagi, atau hubungi pusat khidmat pelanggan kami di 1-300-88-8938 untuk bantuan tetapkan semula kata laluan.
Langkah 10: Sekiranya soalan rahsia berjaya dijawab dengan tepat, sistem akan meminta pengguna untuk tetapkan kata laluan sementara yang baru. Pengguna boleh log masuk menggunakan kata laluan sementara baru tersebut.
Langkah 11: Pengguna akan diminta untuk melengkapkan maklumat berikut. Setelah menekan butang 'Hantar', maklumat akan disimpan.