Pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera yang tersenarai di laman web mySalam untuk maksimum 14 hari setahun.
Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menerima manfaat ini.
Dokumen wajib yang diperlukan:
1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
2. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
Tarikh Kemasukan Wad dan Tarikh Keluar Wad.
Diagnosis.
Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.
Pengecualian bagi Manfaat Hospitalisasi adalah seperti berikut:

Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras.

Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan.

Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap.

Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan.